I made this widget at MyFlashFetish.com.

30 TIPS PENGGUNA BIJAK !





  1. Jangan mudah terpengaruh dengan IKLAN dengan maklumat yang keliru serta yang selalu mengeksploitasi kaum wanita yang dijadikan sebagai model.
  2. Elakan penggunaan kad kedit kerana anda akan cenderung untuk berbelanja lebih dan bersikap boros, bawalah wang tunai yang secukupnya ketika membeli.
  3. Beli barangan secara pukal lebih murah berbanding membeli barangan dalam kuantiti yang sedikit.
  4. Buatlah belanjawan sebelum membeli belah.
  5. Bandingkan yang mana satu keperluan ataupun kehendak, keperluan harus didahulukan berbanding kehendak.
  6. Berjimat cermat amalan mulia, bertabunglah walaupun sesen kerana sikit-sikit lama-lama jadi bukit!
  7. Semasa membeli-belah di pasaraya, pilihlah raga/bakul berbanding troli untuk mengisi barang, kerana hal ini akan membantu anda untuk bersederhana ketika membeli-belah!
  8. Lihatlah katalog barangan sebelum membeli belah, belilah barangan yang ada promosi, ini akan membantu anda untuk berjimat!
  9. Gores dan menang, jangan terpedaya. Pengguna yang bijak perlu bertindak secara rasional.
  10. Masak di rumah lebih jimat berbanding makan di luar.
  11. Gunakan beg kitar semula semasa membeli belah, penggunaan beg plastik akan mencemarkan alam sekitar!
  12. Pastikan logo halal pada barangan adalah yang dikeluarkan oleh JAKIM. Jangan mudah tertipu dengan logo halal palsu.
  13. Belilah barangan keluaran Industri Kecil-kecilan ataupun Industri Desa. Sokong barangan buatan Malaysia.
  14. Semak resit pembelian dan jumlah barangan yang dibeli selepas selesai membuat bayaran.
  15. Belilah makanan yang mengandungi nutrisi yang tinggi, elakan membeli makanan ringan.
  16. Pilih buah-buahan tempatan, terdapat pelbagai pilihan, yang bermusim dan juga tidak.
  17. Sentiasa buat bandingan harga barangan dengan kualiti serta kuantitinya, buat pilihan yang bijak, kadang kala yang tinggu kuantitinya tak semestinya tinngi kualitinya.
  18. Belilah barangan elektrik dengan kelulusan SIRIM.
  19. Jangan mudah terpedaya dengan barangan beserta promosi hadiah, kadang-kala, harga barangan tanpa hadiah lebih murah dan berbaloi-baloi!
  20. Untuk pengguna telekomunikasi, pilihlah pembekal plan yang berpatutan dan bersesuaian dengan tahap penggunaan anda. Buatlah pilihan bijak!
  21. Periksa keadan barang sebelum membelinya, lihat keadaan fizikalnya dalam keadaan baik atau tidak, periksa kuantitinya supaya cukup seperti maklumat dalam label.
  22. Gunalah kenderaan awam untuk ke kampus atau ke tempat kerja, lebih menjimatkan kos, mengurangkan kesesakan jalan raya serta mesra alam.
  23. Berkongsi kereta ‘car pooling’ ke kampus atau ke tempat kerja lebih menjimatkan kos, mengurangkan kesesakan jalan raya serta mengurangkan pencemaran alam sekitar.
  24. Dapatkan maklumat berkenaan isu-isu kepenggunaan di laman sesawang ataupun melalui bulletin ataupun risalah kepenggunaan.
  25. Jika membeli-belas di atas talian ’online’ pastikan kesahihan pembekal dan berhati-hati apabila melakukan transaksi wang.
  26. Jika melakukan transaksi wang atas talian ‘online’ pastikan kata laluan anda dilindungi serta jejak anda ‘cache’ dipadam untuk mengelak system digodam.
  27. Jangan gunakan pautan ‘link’ untuk ke laman web bank untuk urusan ‘online banking’. Sebaik-baiknya pergi terus ke laman utama bank pilihan anda.
  28. Pastikan lebel harga tertera pada barangan, jika tiada laporkan pada pihak berkuasa, anda berhak untuk mendapat maklumat yang sewajarnya!
  29. Jualan murah! Jangan mudah tertipu, bandingkan harga sebelum dan selepas dahulu sebelum membeli.
  30. Dapatkan bantuan jurujual jika perlukan maklumat tambahan mengenai barangan yang hendak dibeli. Ingat, anda punyai hak untuk membuat pilihan, jangan biarkan penjual memaksa atau membuat pilihan untuk anda.


| TERIMA KASIH DAUN KELADI |

8 HAK PENGGUNA





Hak untuk mendapat KEPERLUAN ASAS
  • Keperluan asas bagi pengguna ialah seperti berikut:
MAKANAN
  • Pengguna berhak untuk mendapat bekalan makanan yang berterusan.
  • Pengguna berhak mendapat makanan dengan harga yang berpatutan, berkualiti dan berkhasiat.
  • Timbangan serta sukatan hendaklah bertepatan.
  • Pengguna berhak untuk mendapat info mengenai makanan yang dibeli serta status halal yang diluluskan oleh JAKIM
TEMPAT TINGGAL
  • Pengguna berhak untuk mendapat tempat tinggal yang selamat.
  • Antara undang-undang yang melindungi pengguna ialah seperti
1. Akta Pemaju Perumahan 1966
2. Akta Kontrak 1950

PAKAIAN
  • Pakaian yang berkualiti.
  • Info pada lebel pakaian yang jelas bagi penjagaan pakaian yang betul.


Hak untuk mendapat KESELAMATAN
  • Pengguna berhak untuk mendapat perlindungan keselamatan apabila menggunakan barangan seperti ubat-ubatan,bahan kimia,racun serangga,alatan elektronik ataupun perkhidmatan.
  • Pengguna juga mempunyai hak untuk mendapat perlindungan daripada barangan serta perkhidmatan yang boleh membahayakan kesihatan dan kehidupan.
UBAT-UBATAN
  • Pastikan pengguna mendapat nasihat daripada Doktor atau Pegawai Kesihatan terlebih dahulu sebelum mengambil mana-mana ubat.
  • Pastikan bilangan serta dosage yang diambil adalah tepat untuk mengelakkan kesan sampingan.
  • Antara undang-undang yang melindungi pengguna adalah seperti:
1. Akta Ubat 1956
2. Akta Pendaftaran Farmasi 1951

RACUN SERANGGA/BAHAN KIMIA
  • Pilihlah makanan (sayur-sayuran atau buah-buahan) yang menggunakan bahan organik .
  • Baca lebel cara penggunaan terlebih dahulu sebelum menggunakan racun serangga ataupun bahan kimia.
ALATAN ELEKTRONIK
  • Pilih alatan elektronik yang mempunyai kelulusan SIRIM.
  • Pilih alatan elektronik yang mudah dikendalikan serta menjimatkan tenaga.
  • Pastikan mendapat ‘warannty’ bagi peralatan elektronik yang dibeli.
  • Pengguna yang bijak akan memilih alatan elektronik yang mesra alam!.
  • Di Malaysia, undang-undang yang melindungi keselamatan pengguna ialah;
a) Akta Makanan 1983
b) Peraturan-peraturan Makanan 1985
c) Akta ELektrik 1949 (Pindaan 1973)
d) Akta Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia 1975 (SIRIM)


Hak untuk mendapat MAKLUMAT
  • Pengguna berhak mendapat maklumat yang lengkap dan tepat tentang barang atau perkhidmatan yang hendak dibeli.
  • Setiap pengguna berhak mendapat maklumat tentang perkara-perkara berikut:
  1. Harga barangan yang berpatutan
  2. Mutu barangan yang terjamin
  3. Berat dan sukatan barangan tepat.
  4. Isi kandungan barangan
  5. Cara menggunakan barangan
  • Hak mendapat maklumat melindungi pengguna daripada penipuan akibat amalan-amalan perniagaan yang tidak beretika. Sila rujuk RUKUN NIAGA.
  • Hak mendapat maklumat yang tepat dan sesuai adalah penting untuk membolehkan pengguna membuat keputusan yang wajar dan bijak semasa membeli.
  • Pengguna boleh mendapatkan maklumat daripada LEBEL & IKLAN
LABEL
  • Pengguna bijak mestilah melihat pada label untuk mendapatkan maklumat seperti:
1. Tarikh luput.
2. Kandungan barangan.
3. Maklumat nutrisi.
4. Berat kandungan.
5. Logo halal yang sah.
  • Label yang baik mestilah:
  1. Mengandungi maklumat yang tepat
  2. Mudah difahami
  3. Tidak mengelirukan
  4. Maklumat yang disahihkan
PENGIKLANAN
  • Pengguna jangan mudah terpengaruh dengan peniklanan yang:
  1. Mengelirukan
  2. Gimik promosi

Hak untuk membuat PILIHAN
  • Sebelum membeli, pengguna berhak memilih barang atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh peniaga.
  • Pengguna perlu memastikan perkara-perkara berikut.
  1. Harga barang itu berpatutan
  2. Barang dalam keadaan baik
  3. Barang selamat digunakan
  4. Barang menepati contoh yang diberi atau diiklankan
  • Hak untuk memilih adalah penting supaya pengguna tidak terburu-buru dalam membuat keputusan membeli.
  • Penjual tidak berhak memaksa dan membuat keputusan bagi pihak pengguna.


Hak untuk mendapat GANTI RUGI
  • Pengguna berhak mendapat ganti rugi bagi sebarang penyelewengan atas barangan atau perkhidmatan yang dibeli.
  • Pengguna boleh menuntut ganti rugi dalam bentuk wang atau penggantian barang yang dikembalikan.
  • Sebagai contoh, sekiranya anda membeli makanan dalam tin (contoh ikan sardin) dan mendapat tarikh guna barang ittu telah luput. Anda boleh mendapatkan ganti rugi melalui penggantian tin yang baru atau wang dikembalikan kepada anda.
  • Pengguna berhak mendapatkan ganti rugi atas sebab-sebab berikut:
  1. barangan yang dibeli tidak berada dalam keadaan baik (cth; tin kemik)
  2. barangan yang dibeli mengandungi bahan asing yang boleh membahayakan kesihatan
  3. mutu barangan tidak seperti yang dijanjikan atau diiklankan
  4. barang yang dibeli memudaratkan kepada pengguna
                                              1. PPengguna juga berhak mendapat pampasan jika pengguna ditimpa kemalangan ketika berada di kedai peniaga akibat kecuaian peniaga


Hak untuk menyuarakan PENDAPAT
  • Pengguna berhak menyuarakan pendapat mereka sebagai pengguna melalui badan atau pergerakan pengguna.
  • Melalui pergerakan pengguna, segala aduan dan rasa tidak puas hati pengguna dapat disalurkan kepada pihak yang bertanggungjawab. Dengan cara ini, hak dan kepentingan pengguna dapat dijamin secara berkesan.


Hak mendapat PENDIDIKAN KEPENGGUNAAN

  • Pengguna berhak mendapat pendidikan kepenggunaan supaya menjadi seorang pengguna yang bijak dan rasional.
  • Pengetahuan mengenai hak-hak dan tanggungjawab pengguna boleh mengelakkan pengguna daripada ditipu oleh peniaga yang tidak beretika.
  • Pengguna boleh mendapatkan pendidikan kepenggunaan melalui beberapa cara iaitu;
  1. melalui pendidikan formal di sekolah/Institut Pengajian Tinggi dan juga pendidikan informal melalui teladan oleh ibu bapa ataupun masyarakat sekeliling.
  2. melalui risalah dan akhbar yang dikeluarkan oleh Persatuan Pengguna seperti CAP dan FOMCA
  3. melalui bengkel, seminar dan ceramah yang berkaitan dengan kepenggunaan
  4. melalui media massa seperti laman sesawang dan juga laman blog berkenaan kepenggunaan.
  • Kelab-kelab Pengguna juga telah diwujudkan di peringkat sekolah sehinggalah ke peringkat Institut Pengajian Tinggi untuk mendedahkan kepada masyarakat tentang pendidikan kepenggunaan


Hak untuk mendapat ALAM SEKITAR yang sihat

Apa yang anda boleh lakukan?
  • Kitar Semula.
  • Tanam pokok dihalaman rumah.
  • Guna kenderaan awam.
  • Kurangkan penggunaan alatan elektrik yang melepaskan CFC.
  • Pilihlah produk yang mesra alam dan tidak mencemarkan alam.
  • Kurangkan penggunaan beg plastik. Gunakan beg kitar semula!
  • Jimatkan penggunaan kertas, untuk urusan berkaitan gunalah aplikasi elektronik yang mengurangkan penggunaan kertas.
sumber diambil daripada : HAK PENGGUNA



| TERIMA KASIH DAUN KELADI |

CARA MENJIMATKAN WANG




Mak Timah berbelanja di pekan lama, 
Dibawa bersama jirannya, Mak Odah, 
Mari kita jimatkan wang bersama,
Supaya kita tidak menyesal tak sudah.

Assalamualaikum pembaca setia saya. Hah! Berkaitan
pantun empat kerat di atas, apakah yang dapat anda
semua fahami? Ianya berkaitan dengan nasihat agar
anda semua menjimatkan wang dalam berbelanja. 
Terdapat pelbagai cara bagi menjimatkan wang anda.
Mari saya senaraikan cara-cara tersebut dan anda semua
juga bolehlah jadikan cara tersebut sebagai amalan.

1. Beli barang pada harga borong/pukal 
Beli barang secara pukal atau pada harga borong di Mydin, Carrefour, Tesco, Econsave, Giant atau mana-mana pasaraya bagi produk-produk seperti tisu, lampin pakai buang, alat tulis, makanan sejuk beku atau dalam tin dan sebagainya dengan lebih murah. Malah di Tesco, anda boleh dapatkan Club Card percuma yang mana boleh kumpul mata yang boleh dapat 'voucher' percuma. Lagi banyak anda beli dengan club card lagi banyak penjimatan. Jadilah pengguna yang bijak !

2. Musim Promosi & Megasale 
Biasanya di Malaysia ada MegaSale, maka pada waktu tersebut banyak tawaran yang cukup murah seperti pakaian di Sogo, Kamdar dan sebagainya. Anda boleh ambil kesempatan ini untuk membeli pakaian atau barangan pada musim promosi yang mana pada waktu lain mungkin harganya dua kali ganda. Tetapi janganlah terlalu memborong, pembaziran juga boleh berlaku.

3. Kitar Semula / Recycle 
Bagi mereka yang ada banyak koleksi kertas atau majalah lama, botol, kaca, dan aluminum boleh kitar semula di pusat kitar semula yang telah disediakan di setiap negeri. Sila rujuk web kitar semula untuk lebih lanjut, ia membolehkan anda dapat wang poket lebih di samping menjaga persekitaran yang lebih bersih. 

4. Beriadah di tempat awam 
Bagi mereka yang selalu ke gimnasium dan jadi ahli dengan membayar beberapa ratus ringgit sebulan, hal ini boleh jimatkan duit anda dengan berjogging sendiri di tempat-tempat rekreasi awam, boleh juga bersenam dalam rumah dengan bersihkan keseluruhan rumah, susun atur semula kedudukan, ataupu membuat latih tubi di beranda rumah, di tempat rekreasi pun boleh juga sebab semua fasiliti sudah ada cuma kenalah bijak menggunakannya. Di samping beriadah dan bersenam kita jaga kesihatan dan kurangkan risiko kena penyakit. 

5. Kurangkan hiburan banyakkan bacaan 
Hendak berhibur tidak salah, tapi biarlah kena pada tempatnya. Misalnya nak tengok wayang, konsert artis barat, 'clubbing' dan sebagainya tidak perlulah keterlaluan sangat.Duit tengok wayang lebih baik disimpan untuk membeli bahan bacaan yang bermanfaat seperti majalah ilmiah atau novel yang bermotivasi dan berinspirasi. 

6. Kurangkan makan di restoran makanan segera 
Macam McDonalds, KFC, Pizza hut dan sebagainya kurang elok kerana ia mengandungi pelbagai perasa, pewarna dan unsur kolestrol, lemak berlebihan. Lagipun harga dia lebih mahal dari restoran biasa, seeloknya rancang pemakanan dengan diet yang sihat di samping dapat jimat belanja. Begitu juga makan di kedai-kedai mamak seperti roti canai yang banyak kalori dan kandungan kolestrol yang tinggi. Sehubungan itu, berhati-hatilah dengan tempat makan di luar rumah. Kebanyakan hidangan makanan di luar banyak tertumpu kepada perasa dan perisa tambahan, ini tidak bagus untuk kesihatan kita. 

7. Masak & Makan di rumah 
Ini salah satu cara hendak jimat duit. Makanan yang dimasak sendiri lebih elok dimakan berbanding makan makanan di luar yang mungkin juga harganya sehingga boleh mencekik darah para pembeli. 

8. Rancang perjalanan & jimat petrol 
Sekarang ini petrol sudah mahal, jadi kenalah bijak dalam menggunakan kenderaan terutamanya kereta. Bagi mereka yang menggunakan bas perkhidmatan awam sememangnya boleh berjimat kalau hendak ke mana-mana sekalipun. Maka dengan itu, gunalah perkhidmatan awam agar minyak dan wang dapat dijimatkan.

9. Berhenti Merokok 
Bagi mereka yang merokok boleh pertimbangkan untuk berhenti. Ini kerana perbuatan merokok adalah suatu yang merugikan duit dan kesihatan. Walaupun ‘sedap’ dan ‘ketagih’ dengan rokok ia bukanlah satu tabiat yang baik kerana boleh memudaratkan diri dan juga orang lain. Jika anda berhenti merokok bermakna dengan duit rokok setiap bulan dalam lingkungan 1kotak sehari bersamaan RM150 purata sebulan. Ini bermakna berhenti merokok dapat menjimatkan wang dan menyihatkan tubuh badan.



Maka, oleh itu pelbagai cara dapat dijadikan amalan dalam menjimatkan 
wang anda. Hendak seribu daya, taknak seribu dalih yang akan 
menjadi persoalan dalam mengatasi masalah pembaziran. 
Selamat beramal!



| TERIMA KASIH DAUN KELADI |