I made this widget at MyFlashFetish.com.

BERBELANJA SECARA ONLINE



Topik kita pada hari ini macam yang tertera di tajuk utama atas itu. Entri ni lebih ditujukan pada kaum perempuan sebab yang gila sangat bab berbelanja ini kan kebanyakannya orang perempuan. Bukan lah hendak cakap tiada lelaki yang suka berbelanja. Memang ada juga. Cuma apabila sebut sahaja tentang berbelanja, yang tergambar di fikiran saya mesti perempuan.


Sekarang ini kan, dah berlambak-lambak orang yang melakukan perniagaan secara online. Betul tidak? Ramai pula itu yang berniaga. Banyak persaingan. Macam-macam ada dijual. Segalanya sama ada dari selendang yang sangat popular sekarang, lensa, kasut dan sebagainya boleh kita jumpa di internet. Yelha, kata hidup di zaman teknologi canggih manggih. Gaya hendak berniaga pun mesti la ‘upgrade’ jadi canggih juga kan?




Lagipun, manusia zaman moden ini sudah agak pemalas sikit hendak keluar berjalan-jalan ke kedai untuk berbelanja. Berbelanja secara online lebih mudah katanya. Buka sahaja komputer, online, cari barang-barang yang berkenaan di internet, klik sana klik sini, siap! Sudah siap berbelanja. Tidak payah lenguh-lenguh kaki hendak pergi ‘survey’ dari kedai ke kedai. Tidak perlu keluar dari rumah. Hendak kata jimat masa pun boleh dikatakan jimat juga. Senangkan? Semuanya cuma di hujung jari sahaja.

Bagi saya, berbelanja secara online ini ada baik dengan buruknya juga. Kebaikan berbelanja secara online ini boleh menjimatkan masa dan tenaga, tidak perlu bersusah payah hendak pergi ‘survey’ dari kedai ke kedai. Main klik-klik sahaja. Keburukannya pula, mungkin barang yang kita hendak itu tidak sama macam yang kita lihat di internet. Selepas itu tidak boleh hendak lihat secara dekat dan mencuba. Jadi tidak tahu kualiti barang macam mana. Hendak kena tunggu pula itu sebab mana boleh dapat ‘on the spot’. Kadang-kadang kalau tersilap jumpa peniaga boleh kena tipu. Dah bayar tapi barang tidak sampai-sampai juga.
Macam-macam kan? Tapi semuanya terpulang atas diri kita sendiri juga. Yang mana lebih memberikan keselesaan pada diri kita. Itu kita sendiri yang tentukan. Macam mana pun, saya tetap berpendapat untuk berbelanja di kedai. Hah! Kaku semua kategori yang mana satu? Berbelanja secara online ke atau berbelanja di kedai? Selamat beramal!



| TERIMA KASIH DAUN KELADI |