Topik kita pada hari ini macam yang tertera di tajuk utama atas itu. Entri ni
lebih ditujukan pada kaum perempuan sebab yang gila sangat bab berbelanja ini kan kebanyakannya
orang perempuan. Bukan lah hendak cakap tiada lelaki yang suka berbelanja.
Memang ada juga. Cuma apabila sebut sahaja tentang berbelanja, yang tergambar
di fikiran saya mesti perempuan.
Sekarang ini kan ,
dah berlambak-lambak orang yang melakukan perniagaan secara online. Betul
tidak? Ramai pula itu yang berniaga. Banyak persaingan. Macam-macam ada dijual.
Segalanya sama ada dari selendang yang sangat popular sekarang, lensa, kasut
dan sebagainya boleh kita jumpa di internet. Yelha, kata hidup di zaman
teknologi canggih manggih. Gaya hendak
berniaga pun mesti la ‘upgrade’ jadi canggih juga kan ?
Lagipun, manusia zaman moden
ini sudah agak pemalas sikit hendak keluar berjalan-jalan ke kedai untuk
berbelanja. Berbelanja secara online lebih mudah katanya. Buka sahaja komputer,
online, cari barang-barang yang berkenaan di internet, klik sana klik
sini, siap! Sudah siap berbelanja. Tidak payah lenguh-lenguh kaki hendak pergi
‘survey’ dari kedai ke kedai. Tidak perlu keluar dari rumah. Hendak kata jimat
masa pun boleh dikatakan jimat juga. Senangkan ? Semuanya cuma di hujung jari
sahaja.
Bagi saya, berbelanja secara online
ini ada baik dengan buruknya juga. Kebaikan
berbelanja secara online ini boleh menjimatkan masa dan tenaga, tidak
perlu bersusah payah hendak pergi ‘survey’ dari kedai ke kedai. Main klik-klik
sahaja. Keburukannya pula, mungkin barang yang kita hendak itu tidak sama
macam yang kita lihat di internet. Selepas itu tidak boleh hendak lihat secara
dekat dan mencuba. Jadi tidak tahu kualiti barang macam mana. Hendak kena
tunggu pula itu sebab mana boleh dapat ‘on the spot’. Kadang-kadang kalau
tersilap jumpa peniaga boleh kena tipu. Dah bayar tapi barang tidak
sampai-sampai juga.
Macam-macam kan ?
Tapi semuanya terpulang atas diri kita sendiri juga. Yang mana lebih memberikan
keselesaan pada diri kita. Itu kita sendiri yang tentukan. Macam mana pun, saya
tetap berpendapat untuk berbelanja di kedai. Hah! Kaku semua kategori yang mana
satu? Berbelanja secara online ke atau berbelanja di kedai? Selamat beramal!