I made this widget at MyFlashFetish.com.

APLIKASI BERJIMAT CERMAT KEPADA ALAM SEKITAR





Assalamualaikum pembaca blog saya. Hari ini saya
ingin memperkatakan mengenai aplikasi berjimat 
cermat kepada alam sekitar. Hah! Pernah tidak anda
semua menggunakan barang-barang terpakai
untuk digunakan semula? Seperti teladan, anda 
menggunakan surat-surat khabar untuk membungkus
hadiah? Lain daripada yang lain bukan. Kebanyakan 
orang yang suka berjimat cermat akan menitikberatkan
alam sekitar mereka juga. Mereka akan memastikan
barang-barang yang digunakan mesra alam dan 
tidak mencemarkan alam sekitar. Baiklah, aplikasi 
penjimatan anda kepada alam sekitar ialah ;

1. Tiada pencemaran alam sekitar yang akan berlaku, sebaliknya akan
mengurangkan pencemaran yang makin hari makin banyak berlaku.
2. Tanah akan menjadi lebih subur untuk proses penanaman.
3. Tiada lagi hakisan tanah jika penggunaan kertas dapat dikurangkan melalui                                                kitar semula kertas-kertas yang telah digunakan.
4. Udara yang segar dapat dihirup kerana tiada gas pencemaran.

oleh yang demikian, berjimat cermatlah demi kepentingan 
alam sekitar kita ini. Alam sekitar ini anugerah yang tidak
ternilai daripada Ilahi kepada hamba-hambanya. Seharusnya 
kita menghargainya dan berbuat baik kepadanya. Sekian sahaja
coretan saya pada hari ini. Terima kasih. 


| TERIMA KASIH DAUN KELADI |