I made this widget at MyFlashFetish.com.

TIPS BERBELANJA SECARA BERHEMAH




Assalamualaikum. Hari ini saya ingin memberi tips dalam berbelanja secara berhemah.
Krisis harga barang menyebabkan ramai yang gagal dalam menguruskan kewangan sehingga berlaku pelbagai krisis terutamanya krisis rumah tangga. Bagi mengelakkan situasi ini daripada berlaku, terdapat beberapa tips yang boleh dijadikan amalan :
1. Ubah gaya hidup, Jika dulu gemar membeli barang import, sekarang gunalah produk tempatan. Produk tempatan bukan sahaja lebih murah malah boleh memberi pulangan yang baik kepada ekonomi Negara. Berikan peluang kepada produk tempatan untuk berkembang. Elak terlalu bersikap bergantung kepada produk luar sehingga menjejaskan ekonomi Negara.
2. Tunjukkan contoh kepenggunaan yang baik kepada anak-anak. Ibu bapa perlu didik dan memberi teladan yang baik untuk dicontohi. Elakkan pembaziran secara tidak sedar seperti pembaziran air, elektrik dan penggunaan telefon bimbit.
3. Tingkatkan kemahiran dan pengetahuan untuk meningkatkan pendapatan dan berjimat. Setiap suri rumah wajar mempunyai kemahiran seperti menjahit atau membuat kuih bagi membantu suami menambahkan sumber pendapatan. Selain itu, praktik perkara yang sebelum ini tidak pernah dibuat misalnya menanam sayur-sayuran di laman rumah hatta di dalam pasu sekalipun.
4. Rancang perbelanjaan secara berhemah. Dianggarkan berlaku pembaziran antara 20 hingga 25 peratus bagi perbelanjaan setiap isi keluarga. Ramai yang gemar berbelanja tanpa merancang. Buat perancangan awal dan senaraikan jenis barang sebelum membeli. Utamakan barang keperluan dan hadkan barangan yang tidak diperlukan.
5. Jangan panik atau terlalu emosi. Sebaliknya guna hak sebagai pengguna. Membeli secara bijak dan elak dimanipulasikan golongan peniaga yang cuba ambil kesempatan.

| TERIMA KASIH DAUN KELADI |