Assalamualaikum sekalian pembaca. Tiba-tiba
saya rasa bosan pula apabila tidak meng'update'
status entri di blog ini. Ok baiklah saya ingin menulis
beberapa cara bagaimana ingin mengisi waktu
lapang dengan aktiviti berguna agar masa kita tidak
terbuang begitu sahaja sebaliknya dimanfaatkan.
1. Membaca buku untuk menambahkan ilmu pengetahuan atau
membuat ulangkaji pelajaran.
2. Jika mempunyai kebun secara kecil-kecilan, bolehlah
bercucuk tanam. Dapat mengurangkan pembelian
sayuran-sayuran di pasar.
3. Bagi anak-anak pula, mereka boleh menolong ibu bapa
mereka yang kesibukan agar kerja yang dilakukan
dapat dikurangkan bebanannya.
4. Mengemas rumah pada cuti hujung minggu bersama-
sama keluarga tercinta.
5. Membuat hobi di masa lapang seperti mendengar lagu,
mengumpul setem dan sebagainya.
baiklah pembaca sekalian, sampai di sini sahajalah
entri saya pada kali ini. Nanti saya akan menulis lagi.
Semoga berjumpa lagi ^.^