Assalamualaikum pengunjung setia.
Seperti slogan di atas " BERHENTI MEMBELI BELAH,
MULAKAN KEHIDUPAN " bermaksud tidaklah
seseorang itu terus berhenti daripada membeli belah.
Tetapi ia lebih membawa maksud kepada meminimakan tabiat
membeli belah. Hal ini lebih kepada membuang masa
dan pembaziran akan berlaku jika tabiat ini
tidak dikawal. Setiap individu boleh memulakan
harian dengan lebih ideal sebagai tamsilan suri rumah
tangga boleh menghabiskan masa mereka dengan
mengemas rumah ataupun memasak untuk keluarganya.
Tidaklah seorang suri rumah itu berbelanja di pusat
membeli belah sehingga alpa pada tanggungjawabnya.
Sementalahan itu, tabiat suka membeli belah ini
boleh dikurangkan melalui mengambil kira mana-mana
keperluan harian yang penting sahaja untuk dibelanjakan.
Prakarsa ini dapat meminimakan tabiat suka
membeli belah yang menjadi salah satu rutin utama
harian individu tersebut. Tuntasnya, mulakan kehidupan
seharian dengan lebih berfaedah dan inovasi.